Saturday, 14 May 2016

Computer Networking

Apa itu computer networking atau dalam bahasa malaysianya  dikenali sebagai rangkaian komputer?

Rangkaian komputer ialah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Satu rangkaian mudah kelebihan rangkaian. Tujuan utama rangkaian adalah untuk berkongsi sumber dan membolehkan komunikasi atas talian(online). Sumber-sumber terdiri daripada data, aplikasi, dan perkakasan. Perkakasan adalah peranti seperti pemancu cakera luaran, tetikus atau modem.Komunikasi atas-talian terdiri daripada penghantar utusan elektronik.


Set up network
1.       End Nodes
-             untuk data masuk dan keluar seperti mesin ATM.
-             Tidak melakukan process data hanya menerima data dan keluar data sahaja.
2.        Transmission Media
-          transmission media untuk mengawal isyarat line(signal).
-          terdapat dua jenis iaitu bounded (wired) dan unbounded (wireless).
3.       Network electronics devices.
-          Bertanggungjawab untuk mengawal data dari sumber ke destinasi
-          Untuk menyambung pelbagai rangkaian bersama-sama atau untuk menyambung komputer atau rangkaian ke internet
-          Seperti bridges, routers, multiplexers, switches, Hubs, getaways, front end process.
4.       Software or applications.
-          Aplikasi pada end Nodes. biasanya melibatkan teknik dan protocol
-          Protokol menentukan peraturan dan prosedur untuk menghantar data, menamatkan data, mentafsirkan data, data masa kini dan kesilapan kawalan.
-          Perisian dalam fungsi rangkaian untuk memastikan data adalah dihantar ke destinasi masing-masing
-          untuk mengawal penghantaran data
5.       Network architecture standards @ protocols.
-          seperti peer to peer dan client and server .
-          peer to peer
Ø  tiada pengawalan pusat atau server dalam rangkaian. Pengguna berkongsi  maklumat seperti shared devices mengikut kesesuaian masing-masing.
Ø  Tidak perlu tambah kos untuk membeli server atau perisian yang mahal.
-          Client and server
Ø  Terdiri dari client dan server yang menyokongnya.
Ø  Rangkaian client-server mempunya server berdedikasi kepada rangkaian yang menyediakan keselamatan dan kemudaha perkongsian sumber.
Ø  Server berdedikasi adalah komputer yang berfungsi sebagai server dan tidak sebagai client.
Ø  Tugas pemprosesan dibahagi diantara server dan client.
Ø  Client selalunya dipanggil front end memohon servis seperti fail dan mencetak dan server dipanggil back end akan memberi servis yang diminta.



Tahap keselamatan rangkaian peer dan rangkaian client-server

peer
Client-server
Kurang selamat kerana menggunakan keselamatan paras berkongsi (shared level security)
Menggunakan keselamatan paras-fail (file-level security) atau keselamatan kebenaran mencapai(access permission security)
Pengguna boleh menetapkan kata laluan untuk mencapai sumber dalam rangkaian tetapi pengguna ini tidak boleh mengawal pengguna yang mana satu untuk mencapai sumber tersebut.
Hanya perlukan satu kata laluan untuk mencapai semua sumber dalam rangkaian



Jenis komputer network

JENIS
PENERANGAN
GAMBAR

1. PAN (Personal Area Network)


·         Menhubungkan antara dua atau lebih sistem komputer yang berjarak tidak terlalu jauh.
·         Coverage line berjarak antara 4 sampai 6 meter saja.
·         Jenis jaringan ini sangat sering kita gunakan. contohnya menghubungkan handphone dengan komputer.




2. LAN (Local Area Network)


·         jaringan LAN ini sangat sering kita temui di pejabat dan rumah.
·         membolehkan rangkaian satu komputer atau lebih dalam coverage yang agak kecil.




3. MAN(Metropolitan Area Network)


        Jenis jaringan komputer MAN ini direka untuk kawasan bandar contoh seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan transfer data berkecepatan tinggi.
·         MAN juga merupakan gabungan antara beberapa jaringan LAN seperti Kolej antara kolej dengan MAN.
·         Coverage line  jaringan MAN biasanya  10 - 50 kilometer.




4. WAN (Wide Area Network).


·         WAN adalah jenis jaringan komputer yang coverage area terbesar.
·         Contohnya adalah jaringan yang menghubungkan suatu wilayah atau suatu negara dengan negara lainnya.





Perbandingan topologi rangkaian komputer

Topologi Bus
Kelebihan
kelemahan
Ringkas, boleh diharap dalam binaan rangkaian yang kecil, mudah digunakan dan difahami
Trafik rangkaian yang banyak menjadikan bus tersangat lambat. Kerana mana-mana komputer boleh menghantar signal pada bila-bila masa untuk menghantar signal ini akan mengganggu satu sama lain
Kabel untuk menyambung komputer tidak perlu banyak, oleh itu harga lebih murah
Setiap penyambung barrel melemahkan signal, jika terlalu banyak penyambungan boleh menyebabkan signal tidak diterima dengan betul
Mudah untuk meluaskan bas. Dua kabel boleh disambung untuk menjadi lebih panjang dengan menggunakan barrel BNC
Sukar dibaik pulih

Topologi Star
Kelebihan
kelemahan
Mudah untuk diubahsuai dan menambahkan komputer dalam star tanpa menganggu rangkaian
Jika pusat hub star gagal, rangkaian turut gagal
Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat star
Memerlukan peranti dipusat star untuk rebroadcast atau tukarkan (switch) trafik rangkaian
Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian
Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.

Topologi Ring
Kelebihan
kelemahan
Oleh kerana setiap komputer diberi keutamaan yang sama untuk mencapai token, tiada satupun komputer yang boleh monopoli rangkaian
Kegagalan satu komputer menyebabkan rangkaian gagal

Tidak mudah untuk membaiki pulih jika rosak

Menambahkan atau mengurangkan komputer akan menganggu rangkaian

Topologi Mesh
Kelebihan
kelemahan
Tahan lasak contoh kegagalan media tidak begitu mengganggu rangkaian jika dibanding dengan topologi yang lain
Tidak mudah untuk install dan konfigur semula( terutama jika bilangan komputer banyak)
Mudah untuk dibaik pulih
Kos menyelenggara sambungan berulang adalah tinggi

Topologi Tree
Kelebihan
kelemahan
Mudah dirangkaikan kepada komputer lain menjadi jaringan yang luas
Penyelenggaraan mahal kerana menggunakan banyak kabel dan Hub
Dapat mengetahui dengan mudah sesuatu kerosakkan atau kesalahan
Hub menjadi peranan penting

No comments:

Post a Comment