Sunday 29 May 2016

Connecting a network (PART 2)

Teknologi Wireless

Apa itu teknologi wireless?

Teknologi wireless merupakan rangkaian suara dan data secara global. Ia membenarkan pengguna mewujudkan sambungan wayar di sepanjang jarak, cahaya, frekuensi radio dan infrared digunakan untuk jarak dekat.
·         Isyarat radio wireless digunakan untuk menghantar data melalui gelombang udara antara peranti, bukannya kabel fizikal. Tekologi wireless digunakan untuk peralatan IT mudah alih seperti telefon dan wireless teknologi. Contoh pelatan tanpa wayar adalah seperti komputer mudah alih, remote televisyen, alat keluli, GPS dan sebagainya.

Jenis – jenis teknologi wireless
Infrared
·         Penghantaran data tidak menggunakan isyarat frekuensi radio
·         Penghantaran data melalui sinar cahaya merah dalam jarak pendek
·         Kelajuan pemindahan data antara 2400bps kepada 4Mbps
Bluetooh
·         Digunakan untuk radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek.
·         Dikenali sebagai PAN(personal area network)
·         Bluetooh mempunyai jaraj kurang dari 10meter dan kelajuan tidak sampai 1Mbps.
WiFi
·         Teknologi WiFi atau WLAN menggunakan standard 802.11b mempunyai kelajuan transaksi 11 Mbps dengan liputan sehingga 90 meter.
·         802.11a mempunyai kelajuan 54 Mbps tetapi lebih dekat berbanding 802.11b.
·         3lapisan fizikal untuk WLAN : 2 spesifikasi frekuensi radio iaitu RF- direct sequence dan frequency hopping spread spectrum dan 1 infrared (IR)
·         Digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat
·         Stabil jarak lebih jauh 75 hingga 125 meter
WiMax
·         Merupakan teknologi wireless untuk sambungan akhir(last mile) yang berada dalam kategori (WAN)
·         Mempunyai kemampuan menghubungi sehingga 50 kilometer berbanding wifi hanya 90 meter.
·         Transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75Mbps.
·         Digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi disuatu kawasan yang luas.
Broadband
·         Wireless berkelajuan tinggi dikawasan yang luas mengikut data yang dilanggani.
·         Mempunyai kelajuan data 1MHz dan menyokong data yang lebih besar daripada 1.5 Mbit/s
Mobile phone 1G,2G,3G,4G
·         1G merupakan teknologi generasi pertama pada tahun (1980) hanya boleh menghantar suara melalui transmeter analog.
·         2G  merupakan teknologi pada tahun (1990) boleh menghantar suara dan sms, mms.
·         3G teknologi yang membolehkan untuk menghantar audio, sms, sms, mempunyai video signal dan boleh melayari internet.
·         4G teknologi yang mempunyai high speed internet, quality internet yang lebih baik dari 3G dan boleh menghantar audio, sms, mms, dan kemudahan internet.

No comments:

Post a Comment